Tuesday, March 13, 2007

Aktiviti Panitia yang Pertama

Pada 2 Mac 2007 (Jumaat) yang lepas, Panitia Ekonomi Asas/Perdagangan/P Perakaunan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu telah berjaya melaksanakan aktivitinya yang pertama. Seminar Perbezaan Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem Perbankan Islam diadakan khusus untuk Pelajar Tingkatan Lima. Seminar ini diadakan bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari di Dewan Abu Hurairah. Dengan adanya seminar ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pelaksanaan sistem perbankan Islam. Secara realitinya, mereka dapat menilai sistem yang manakah lebih baik bagi mereka. Ahli Panitia berasa ini adalah salah satu aktiviti yang baik kerana topik ini juga dipelajari dalam mata pelajaran Pend Syariah Islam dan Pend Quran As-sunnah. Seminar tersebut telah diselangselikan dengan kuiz. Sebanyak 15 biji epal telah diedarkan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz.

2 comments:

PPPDPA_PPDHS said...

Tahniah kepada Pn Norzalina kerana telah berjaya membangunkan blog ini.

Saya beranggapan blog ini boleh dikembangkan lagi. Blog ini boleh dikongsi bersama oleh warga pendidik yang berada dalam bidang teknik dan vokasional.

Saya juga berpendapat anak didik cikgu boleh mendapatkan manfaat daripada blog ini. Cikgu boleh sediakan bberpa bahan subjek di sini. Pada masa yang sama mereka boleh memberikan pandangan / jawapan di sini jika cikgu mahu begitu. Walau bagaimanapun cikgu perlu buka ruang untuk semua orang memberikan pandangan dan komen.

Saya rasa, inilah blog pertama daripada bidang teknik & vokasional.

Semoga cikgu tidak jemu-jemu untuk mengurus dan melakukan update pada blog ini.

KUTV PPDHS
20.03.2007

PPPDPA_PPDHS said...

Pn Norzalina telah dapat memasuki blog ini semuala. Ini bererti cikgu sudah ingat kata laluan yang terlupa tempoh hari.

Hanya saya tidak dapat masuk ke ruangan coment pada bahan yang terbaru. Itu pun ok. Saya masuk ikut ruang yang lama.

Ok. ini bererti selesailah masalah cikgu. Tahniah juga daripada saya kepada semua guru yang terlibat dalam bidang Teknik & Vokasional kerana keputusan peperiksaan yang baik.

KUTVPPDHS