Thursday, April 12, 2007

Tahniah Ahli Panitia

Pada 12 Mac yang lalu telah berakhir penantian bagi ahli panitia. Tahniah saya ucapkan di atas keputusan yang cemerlang. Seramai 45 pel telah mendapat A1+A2 dalam Ekonomi Asas, 13 pel mendapat A1+A2 dalam Prinsip Perakaunan dan 18 pel dalam Perdagangan. Berbanding dengan tahun lepas, peningkatannya cukup baik. Hanya 1 pel gagal dalam Ekonomi Asas. Namun saya percaya guru-guru semua telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pelajarnya lulus dengan cemerlang.
Tidak lupa saya nyatakan tentang mata pelajaran KHB ERT (45 pel mendapat A) dan KHB PK (19 pel mendapat A), yang masing-masing telah menunjukkan prestasi yang baik. 1 pel telah gagal dalam setiap mata pelajaran. Namun itu adalah di luar jangkauan guru; seorang pel telah pulang ke rahmatullah manakala seorang lagi menghadapi masalah keluarga menyebabkan beliau tidak dapat hadir peperiksaan.
Tahniah dan syabas buat ahli panitia! Teruskan usaha...